Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 64

A A A
Alkitab Versi Borneo

Untuk pemimpin muzik. Mazmur Daud. 1Dengarlah suaraku, ya Allah, dalam renunganku;

peliharakan nyawaku daripada ancaman ngeri musuh.

2Lindungi aku daripada pakatan rahsia orang zalim,

daripada pemberontakan mereka yang melakukan kejahatan.

3Mereka menajamkan lidah mereka seperti pedang

dan melengkungkan busur memanahkan kata-kata pahit.

4Jangan biarkan mereka memanah dengan rahsia orang yang tidak bersalah;

mereka memanahnya mendadak tanpa takut.

5Mereka saling menggalakkan ke arah kejahatan,

mereka berbincang hendak memasang jerat dalam rahsia;

kata mereka, "Siapa yang akan melihat mereka?"

6Mereka merancang pelbagai kejahatan,

"Kami telah menyiapkan muslihat licik!"

Fikiran dan hati manusia memang sukar diselami.

7Tetapi Allah akan melepaskan anak panah-Nya kepada mereka;

tiba-tiba mereka akan luka.

8Dia akan membinasakan mereka dengan kata-kata mereka sendiri;

semua yang melihat mereka menggeleng kepala.

9Semua manusia akan ketakutan;

dan akan mengisytiharkan perbuatan Allah kerana dengan bijaksana mereka akan merenung tindakan-Nya.

10Orang yang benar akan bersukacita kerana TUHAN

dan berlindung kepada-Nya;

dan semua yang tulus hati akan memuliakan-Nya!